Peniaga jual durian RM1 sebiji, dapat sambutan luar biasa

LocalSales & Promo
27 Jun 2026 • 2:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Peniaga jual durian RM1 sebiji, dapat sambutan luar biasa
Sebahagian daripada ratusan pelanggan tidak melepaskan peluang memilih durian campuran pelbagai varieti yang dijual pada harga promosi serandah RM1 sebiji di Kedai Durian Maiz, Kampung Bukit Tunggal, Kuala Nerus.
Image from: Peniaga jual durian RM1 sebiji, dapat sambutan luar biasa
Antara durian ditawarkan pada harga antara RM1 hingga RM2 sebiji di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Nerus bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup masyarakat setempat.
Image from: Peniaga jual durian RM1 sebiji, dapat sambutan luar biasa
Sebahagian daripada ratusan pelanggan tidak melepaskan peluang memilih durian campuran pelbagai varieti yang dijual pada harga promosi serandah RM1 sebiji di Kedai Durian Maiz, Kampung Bukit Tunggal, Kuala Nerus,

​KUALA NERUS – Seorang peniaga di Kampung Bukit Tunggal di sini mengambil inisiatif menjual durian pada harga serendah RM1 sebiji bagi membantu golongan memerlukan untuk sama-sama menikmati keenakan raja buah itu.

​Pemilik Kedai Durian Maiz, Muhammad Izhar Ibrahim, 27 berkata, inisiatif itu mendapat sambutan luar biasa apabila lebih satu tan raja buah itu licin dalam tempoh kurang lima minit setiap hari.

​Menurutnya, jualan pada harga promosi antara RM1 hingga RM2 sebiji itu diperkenalkan bagi memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat menikmati durian tanpa perlu berbelanja besar.

"Inisiatif ini sebagai tanda keprihatinan terhadap peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat ketika ini. Saya mahu semua orang dapat makan.

**media[3564221]**

"Memang tidak sangka sambutannya luar biasa. Setiap kali jualan dibuka, tidak sampai lima minit semuanya habis dijual,” katanya ketika ditemui di gerainya di sini pada Sabtu.

Tinjauan mendapati strategi sambil berniaga sambil beramal itu mencetuskan fenomena tersendiri apabila ratusan pelanggan sanggup beratur seawal jam 8 pagi bagi merebut peluang tersebut.

​Menurut Muhammad Izhar, promosi yang bermula sejak minggu lalu itu melibatkan campuran pelbagai varieti termasuk buah gred tinggi seperti Musang King, IOI, Udang Merah selain durian kampung bersaiz kecil.

​Beliau turut memberi jaminan akan meneruskan jualan bajet tersebut selagi menerima bekalan yang mencukupi daripada pembekal.

**media[3564220]**

​Sementara itu, rata-rata pelanggan melahirkan rasa kagum dan menyifatkan usaha pemuda berkenaan wajar dipuji kerana amat membantu golongan berpendapatan rendah.

​Seorang pembeli, Khamisah Adnan, 54, berkata, dia terkejut kerana masih ada peniaga yang meletakkan kebajikan masyarakat mendahului keuntungan semata-mata.

​"Walaupun harga durian tahun ini lebih murah berbanding tahun lalu, saya tidak pernah jumpa durian dijual semurah ini.

"Dengan harga begini, kami sekeluarga bolehlah membeli lebih banyak dan sama-sama dapat menikmati musim durian," katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved