3,000 lembu tenusu Farm Fresh tiba di Pelabuhan Klang selepas 10 hari berlayar dari Australia, dijangka mampu hasil 18 juta liter susu setahun

LocalBusiness & Finance
6 Nov 2026 • 5:46 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

3,000 lembu tenusu Farm Fresh tiba di Pelabuhan Klang selepas 10 hari berlayar dari Australia, dijangka mampu hasil 18 juta liter susu setahun Image from: 3,000 lembu tenusu Farm Fresh tiba di Pelabuhan Klang selepas 10 hari berlayar dari Australia, dijangka mampu hasil 18 juta liter susu setahun hamden06/11/2026 - 17:46 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 6 Nov - Farm Fresh Malaysia Berhad menerima 3,000 ekor lembu tenusu baharu dari Australia yang dijangka mampu mengeluarkan sehingga 18 juta liter susu setahun.

 

Perkembangan itu dikongsi Pengarah Operasi Kumpulan Azmi Zainal di laman Facebooknya ketika menyaksikan pemindahan lembu berkenaan dari kapal ke dalam treler sebelum dihantar ke ladang-ladang Farm Fresh seluruh negara.

 

Menurutnya, tambahan lembu berkenaan bagi menampung permintaan domestik dan import yang semakin meningkat.

 

"Di Kemboja jenama Farm Fresh sekarang adalah jenama susu segar no 1. Diharap lembu-lembu ini akan terus sihat dan boleh mengeluarkan hasil yang berkualiti," katanya.

 

azmi
AZMI Zainal memeriksa keadaan lembu tenusu sebaik tiba di Pelabuhan Klang selepas melalui pelayaran dari Melbourne, Australia.

 

Menurut Azmi, sebelum ini lembu tenusu berkenaan dibawa ke Malaysia menaiki kapalterbang.

 

Namun bagi memberikan 'keselesaan' kepada lembu berkenaan kaedah pengangkutan laut jadi pilihan mendorong syarikat menempah kapal khas membawa lembu berkenaan dari Melbourne ke Malaysia.

 

"Perjalanan 10 hari (naik kapal). Dulu naik kapal terbang kasihan dengan lembu ini sebab kena berdiri dan 'puasa' hampir tiga hari.

 

"Dah banyak kali bawa naik kapal supaya lembu ini selesa, boleh makan, boleh 'rehat'... seperti naik cruise," katanya berseloroh.

 

Menurut Azmi sebanyak 100 treler digunakan untuk menghantar lembu berkenaan ke ladang-ladang Farm Fresh termasuk Ladang Muadzam 1, Ladang Jacob (Muazam 2), Pondok Tanjung dan Desaru.


"Kami sasarkan proses ini selesai hari ini kerana tidak mahu bertembung dengan orang ramai yang akan pulang sempena cuti Deepavali.

 

"Bukan sahaja sangkut kesesakan, kalau tak habis dipindahkan ke ladang akan kena bayar tambahan caj pelabuhan sebab berlabuh lama.

 

"Sebab itu pasukan diketuai Pengarah Ladang baharu, Stephen dan Dr Vimalan kerja sampai pukul 12 tengah malam sebelum disambung hari ini. Sehingga kini sebanyak 80 treler sudah keluar dari pelabuhan," ujarnya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved