3,000 pengunjung dijangka hadiri jualan sempena Aidiladha MPKj

22 Jun 2023 • 11:28 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Amirul Fazli

SHAH ALAM, 22 JUN: Seramai 3,000 pengunjung dijangka menghadiri jualan barangan kelengkapan raya menjelang Aidiladha anjuran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada Sabtu ini.

Pengarah Unit Perancangan Korporat Dan Perhubungan Awam berkata program Urban Mantai di Medan Belia MPKj akan bermula seawal 8 pagi Sabtu dan berakhir pada pukul 2 pagi Ahad.

Menurut Kamarul Izlan Sulaiman, antara barangan dijual ialah daun ketupat palas, sayuran, santan, ayam, daging yang disediakan Industri Kecil Sederhana (IKS).

“Tujuan utama program ini adalah untuk mempromosi semula medan sate tersebut yang kini dikenali sebagai Medan Belia MPKj agar tempat ini kembali menjadi pilihan orang ramai.

“Kita juga sediakan tawaran istimewa iaitu 1,000 batang lemang dengan harga serendah RM8 sahaja,” katanya ketika dihubungi.

Selain jualan IKS, turut disediakan jualan but kereta (car boot sale).

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved