3,000 permohonan Permata Makmur diterima setakat Mei

LocalFamily & Parenting
17 May 2026 • 3:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 3,000 permohonan Permata Makmur diterima setakat Mei
Sabariah menyerah sumbangan pembukaan simpan SSPN kepada seorang ibu menerusi inisiatif Permata Makmur pada Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Pahang 2026 anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang diadakan di Tanjung Lumpur pada Ahad.
Image from: 3,000 permohonan Permata Makmur diterima setakat Mei
Sabariah menyerahkan bantuan kepada pasangan salah seorang ibu pada program itu.

KUANTAN – Kerajaan Pahang menerima kira-kira 3,000 permohonan daripada pasangan suami isteri bagi menerima manfaat inisiatif Permata Makmur setakat bulan ini.

Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Sabariah Saidan berkata, permohonan bagi program berkenaan telah dibuka dan kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 20,000 penyertaan setiap tahun.

"Inisiatif ini masih di buka walaupun anak lahir pada 2023, 2024 atau 2025, untuk tahun 2026 ini kita memang alu-alukan penyertaan dan permohonan masih dibuka.

"Bantuan yang diberikan melibatkan RM300 bagi setiap penerima iaitu RM50 dalam bentuk barangan keperluan dan RM250 menerusi simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)," katanya ketika ditemui pemberita di Tanjung Lumpur di sini pada Ahad.

Terdahulu, Sabariah merasmikan Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Pahang 2026 anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi mewakili Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

**media[3523609]**

Beliau berkata, tahun ini, kerajaan negeri memperuntukan RM6.5 juta dalam Belanjawan Pahang 2026 bagi tujuan tersebut

Ujarnya, usaha ini dilakukan bagi meringankan beban kos awal penjagaan bayi, selain menggalakkan simpanan pendidikan anak sejak lahir.

Sabariah yakin program Permata Makmur akan terus diteruskan berikutan kedudukan kewangan negeri yang baik dan memberangsangkan.

"Insya-Allah kita akan cuba (capai sasaran).. memandangkan kewangan negeri baik dan begitu memberangsangkan, saya yakin kerajaan negeri akan meneruskan lagi program ini," katanya.

Menyentuh mengenai sambutan itu, Sabariah berkata, program ini bukan sahaja diadakan bagi menghargai jasa ibu bapa, malah turut diselitkan dengan penyerahan sumbangan Permata Makmur kepada penerima yang layak.

"Seramai 30 penerima disasarkan menerima sumbangan pada program berkenaan.

"Hari ini Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut menambah RM100 simpanan SSPN kepada bayi yang hadir dan menyertai program tersebut," katanya.

 

 

View Original Article

Related News & Content