
Kota Kinabalu: Seramai 3,328 atlet menyertai pusingan kelayakan Sukan Sabah (Saga) 2023 yang berlangsung di enam zon yang berakhir pada Jumaat lalu.
Tawau dengan 777 atlet mempunyai jumlah terbanyak diikuti Pantai Barat Selatan dengan 643, Pantai Barat Utara (626), Pedalaman Atas (506), Sandakan (496), Pedalaman Bawah (280).
Bola jaring, bola keranjang, bola sepak, bola tampar, hoki dan sepak takraw dipertandingkan dalam tempoh lima hari bermula 28 Ogos lalu.
Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Fairuz Renddan yang hadir di Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada Jumaat menyatakan rasa puas hati dengan persiapan dan penganjurannya.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Beliau menyeru mereka yang berjaya melayakkan diri agar menggandakan usaha sebagai persediaan menghadapi kejohanan sebenar yang akan diadakan di sini di Kota Kinabalu dari 16-22 Disember.
Beliau juga berkata Saga mampu menghasilkan keputusan positif untuk negeri ini walaupun kos yang tinggi.
“Menerusi Saga, kita dapat mengenal pasti lebih ramai bakat atau bakal juara yang akan mewakili Sabah dan bersaing di peringkat lebih tinggi khususnya di Sukan Malaysia (Sukma).
“Walaupun kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang agak besar untuk menganjurkan Saga, namun hasilnya amat berbaloi dengan kemunculan ramai atlet terkenal seperti Rayzam Shah Wan Sofian, Andre Anura Anuar, Mohd Eizlan Dahalan dan ramai lagi,” katanya.
Turut hadir bersama Menteri itu semasa lawatannya ialah Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mansur Asun, Timbalan Setiausaha Tetap, Charles William Dabbi, Pengarah Majlis Sukan Sabah, Asneh Mohd Noor dan Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah, Terrance Pudin.
Sementara itu, Mansur turut memuji kakitangan Majlis Sukan Sabah dan semua pihak yang memberikan sokongan bagi memastikan kejayaan pusingan kelayakan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

