Empat lelaki rentung kereta terbakar di WCE

7 Aug 2023 • 7:15 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

IPOH - Empat lelaki rentung dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Saga di KM220 Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) Arah Utara, dekat Sitiawan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata pihak bomba, menerima panggilan jam 5.11 petang tadi.

“Setibanya di tempat kejadian sebuah kenderaan didapati terbakar dengan lima mangsa, empat mangsa rentung dan seorang selamat,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Beliau berkata kereta itu dipercayai terbabas sebelum terbakar.

Sayani berkata kesemua mangsa merupakan warga tempatan yang bekerja di Lumut dan dalam perjalanan balik ke Ipoh.

Sementara itu mangsa yang terselamat mengalami kecederaan dan dikenali sebagai Shariff Mohammed Sidek Mohammed, berusia 34 tahun.

Manakala mangsa yang rentung belum dikenal pasti. - 7 Ogos, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved