3 Anggota Polis Cedera, Bom Meletup Di Pattani

22 Jun 2022 • 8:22 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sebuah trak sampah musnah dalam insiden letupan bom di Pattani, Selatan Thailand. - Gambar Bernama

PATTANI- Tiga anggota polis cedera dalam insiden letupan bom di Pattani, selatan Thailand.

Ketua Polis Daerah Pattani Jeneral Pol Narin Busaman berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam (waktu tempatan) pada Isnin, sebutir bom buatan sendiri seberat lebih 50 kilogram yang dipasang pada sebuah trak sampah diletupkan. 

Beliau berkata trak sampah itu dilarikan dari pejabat Majlis Pentadbiran Mukim Langgar di Daerah Mayo, Pattani kira-kira sejam sebelum kejadian.  

Beliau berkata bangunan yang terletak berdekatan tempat kejadian letupan termasuk kuarters polis dan pos kawalan mengalami kerosakan. 

“Tiga anggota polis yang berada di kuarters dan pos kawalan keselamatan mengalami cedera ringan,” katanya kepada Bernama. 

Beliau menambah bahawa trak sampah itu musnah dalam kejadian itu. 

Sementara itu, Narin berkata empat pekerja diikat tangan oleh beberapa individu bersenjata sebelum melarikan trak sampah itu. 

Narin berkata setakat ini belum ada mana-mana kumpulan mengakui terlibat dengan insiden itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved