3 anggota polis IPD Kemaman ditahan, curi komponen RX-Z dari stor barang kes

LocalPolitics
9 Aug 2024 • 5:51 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Tiga anggota polis berusia antara 26 hingga 32 tahun ditahan berhubung kehilangan komponen motosikal jenis Yamaha RX-Z.

Komponen berkenaan didapati hilang dari stor barangan kes di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata kesemua anggota terbabit ditahan selepas siasatan mendapati berlaku kehilangan komponen enjin motosikal di stor simpanan terbabit.

“Pihak kami kemudiannya menjalankan siasatan sebelum menahan kesemua suspek untuk siasatan lanjut.

“Siasatan lanjut mendapati dua suspek memiliki motosikal jenis sama dan merupakan peminat tegar motosikal RX-Z,” katanya.

Hanyan berkata, reman ke atas kesemua suspek berakhir hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang menyalah guna kuasa dan amanah yang diberikan,” katanya.