Polis Siasat Pemilik Akaun X 'Syedewa' Kerana Mengaibkan Imej Polis

9 Aug 2024 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Polis menyiasat seorang pemilik akaun media sosial X kerana disyaki membuat hantaran yang mengaibkan imej anggota trafik polis yang sedang bertugas menjalankan sekatan jalan raya di Damansara Damai, Petaling Jaya pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja'afar berkata siasatan dilakukan terhadap akaun yang menggunakan nama 'Syedewa' selepas aduan mengenai hantaran yang telah viral itu diterima pagi semalam.

"Polis sedang mengesan pemilik akaun berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau saksi berkaitan kes ini boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.


Shahrulnizam turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam penyebaran berita yang tidak pasti.

Sumber: BERNAMA menerusi Astro Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved