3 Beranak Terselamat Dari Maut, Kereta 'Total Loss' Jatuh Gaung

26 Apr 2024 • 1:22 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mangsa dibawa naik ke atas sebelum dikejarkan ke Hospital Baling - gambar BBPM Baling

BALING - Berpantang maut sebelum ajal.

Itu perumpamaan paling tepat untuk tiga beranak di sini.

Kesemua mereka terselamat daripada maut meskipun kereta dinaiki  terbabas sebelum terbalik ke dalam gaung di Jalan Gunung Inas dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, ketiga-tiga mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.

Begitu pun menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, pemandu kenderaan tersebut yang merupakan seorang wanita berumur 34 tahun, dimasukkan ke Zon Merah Hospital Baling untuk tujuan pemantauan terhadap kandungannya yang berusia tujuh bulan.

"Siasatan awal mendapati mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Kampung Baru Kuak Luar, Pengkalan Hulu menuju ke Baling.

"Ketika menuruni bukit di kawasan selekoh, pemandunya telah hilang kawalan terhadap kenderaan tersebut menyebabkannya terbabas dan terjatuh ke gaung di kanan jalan," katanya.

Dua lagi individu yang berada dalam kenderaan itu merupakan suami wanita berkenaan berusia 26 tahun serta anak mereka yang berumur tiga tahun. 

Shamsudin menambah, akibat daripada kemalangan itu, kereta jenis Honda City berkenaan remuk teruk secara keseluruhan.

"Lokasi kejadian bukanlah kawasan black spot. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tidak cermat dan tidak bertimbang rasa," katanya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat, Mohd. Jamil Mat Daud memaklumkan, kenderaan itu dianggarkan terjatuh sejauh kira-kira 30 meter ke dalam gaung.

"Pihak kami menggunakan tali penyelamatan bagi membawa mangsa naik ke kawasan selamat senelum menyerahkan mereka kepada pihak hospital untuk tujuan rawatan" katanya. - Getaran, 26 April 2024.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved