3 Cara Semak Keputusan SPM 2025 Mulai 31 Mac 2026

Local
29 Mar 2026 • 10:14 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 akan diumumkan pada 31 Mac 2026 (Selasa). Keputusan boleh disemak secara online melalui laman web rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia di pautan myresultspm.moe.gov.my mulai jam 10.00 pagi.

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan masing-masing di sekolah bermula 31 Mac 2026 (Selasa) pukul 10:00 pagi sehingga 6 April 2026 (Isnin), pukul 6:00 petang.

Manakala calon persendirian boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar bagi mendapatkan keputusan peperiksaan.

Selain itu, semakan keputusan juga boleh dibuat melalui:
-Dalam talian: myresultspm.moe.gov.my
-Sistem Pesanan Ringkas (SMS): Taip
SPMNoKPAngkaGiliran
dan hantar ke 15888

Perkhidmatan semakan ini akan diaktifkan bermula 31 Mac 2026, jam 10.00 pagi hingga 6 April 2026, jam 6.00 petang.

Seluruh warga Jabatan Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon SPM 2025. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Image from: 3 Cara Semak Keputusan SPM 2025 Mulai 31 Mac  2026
Siaran media rasmi KPM (Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Pahang)

Pengumuman Keputusan SPM 2025

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 akan dikeluarkan pada 31 Mac 2026.

Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM Tahun 2025 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut.

Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2025 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.

KEPUTUSAN SPM

Semakan Keputusan SPM 2025

Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:

  • Secara dalam talian melalui pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2025 mulai pukul 10.00 pagi pada 31 Mac 2026 sehingga pukul
    6.00 petang pada 6 April 2026 ; dan/atau
  • Secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 225 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 31 Mac 2026 sehingga pukul 6.00 petang pada 6 April 2026.
semakan keputusan SPM 2025

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2025.

Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

The form can be filled in the actual website url.

Tarikh Semakan Keputusan SPM 2025

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 akan dikeluarkan pada 31 Mac 2026 (Selasa) pukul 10:00 pagi sehingga 6 April 2026 (Isnin), pukul 6:00 petang.

Calon sekolah boleh hadir ke sekolah untuk mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing manakala calon persendirian boleh hadir ke Jabatan Pendidikan Negeri.

Calon juga boleh menyemak keputusan SPM Tahun 2024 masing-masing dengan mudah dan pantas secara dalam talian atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Cara Semak Keputusan SPM 2025

Pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dilaksanakan pada 31 Mac 2026 (Selasa) pukul 10:00 pagi sehingga 6 April 2026 (Isnin), pukul 6:00 petang.

Untuk makluman, calon boleh membuat semakan result SPM melalui kaedah berikut:

KAEDAH 1: SEMAKAN DI SEKOLAH

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 31 MAC 2026 (SELASA).

Calon yang menghadapi isu akses boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing atau di sekolah yang berdekatan.

KAEDAH 2 : SEMAKAN ONLINE

Calon digalakkan untuk menyemak keputusan masing-masing secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my mulai 31 Mac 2026 (Selasa) pukul 10:00 pagi sehingga 6 April 2026 (Isnin), pukul 6:00 petang.

Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian menerusi pautan https://myresultspm.moe.gov.my/ untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2025 mulai 31 Mac 2026 (Selasa) pukul 10:00 pagi sehingga 6 April 2026 (Isnin), pukul 6:00 petang.

KEPUTUSAN SPM 2025

KAEDAH 3 : SEMAKAN SMS

Calon juga boleh menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.
( Contoh: SPM 000527031234 WY189A123 )

Sistem ini akan diaktifkan mulai 31 Mac 2026 (Selasa) pukul 10:00 pagi sehingga 6 April 2026 (Isnin), pukul 6:00 petang.

KEPUTUSAN SPM 2025

Takrifan Gred SPM / UPBA

Berikut dikongsikan juga takrifan gred pada slip keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia untuk makluman bersama.

TAKRIFAN GRED PADA SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM

  • A+ : Cemerlang Tertinggi
  • A : Cemerlang Tinggi
  • A- : Cemerlang
  • B+ : Kepujian Tertinggi
  • B : Kepujian Tinggi
  • B : Kepujian Atas
  • C : Kepujian
  • D : Lulus Atas
  • E : Lulus
  • G : Gagal
  1. Keputusan ditahan / dibatalkan
    • Catatan “Digantung” menerangkan calon berkenaan disyaki telah melakukan salah laku semasa peperiksaan dan keputusan hanya dikeluarkan selepas siasatan selesai dijalankan.
    • Catatan “Dibatalkan” menerangkan calon terbukti melakukan salah laku dan ditanda dengan “X” dalam slip keputusan peperiksaan.
  2. Keputusan “T”
    • Catatan “T” menerangkan calon tidak hadir kertas yang diduduki sama ada keseluruhan kertas atau sebahagian kertas.
Image from: 3 Cara Semak Keputusan SPM 2025 Mulai 31 Mac  2026

TAKRIFAN GRED PADA SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPBA (UJIAN PENCAPAIAN BAHASA ANTARABANGSA) & PERNYATAAN KEPUTUSAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS

Image from: 3 Cara Semak Keputusan SPM 2025 Mulai 31 Mac  2026
Image from: 3 Cara Semak Keputusan SPM 2025 Mulai 31 Mac  2026

Semak Semula Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia

Sistem e-Lembaga Peperiksaan (ELP) akan dibuka kepada anda yang ingin membuat semakan semula keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia.

Semakan semula keputusan peperiksaan akan dicaj RM100 bagi setiap mata pelajaran.

Berikut adalah langkah untuk membuat semakan semula keputusan peperiksaan anda:

  1. Semakan semula keputusan akan dibuka selepas keputusan diumumkan (30 hari)
  2. Sila layari laman web https://elp.moe.gov.my atau gunakan aplikasi e-Lembaga Peperiksaan
  3. Klik pada permohonan semakan semula keputusan
  4. Buat pembayaran bagi melengkapkan proses permohonan anda. Bayaran adalah RM100/matapelajaran
  5. Selesai.
    • Jika keputusan kekal, slip keputusan yang sedia ada adalah terpakai
    • Jika keputusan berubah, calon sekolah perlu hubungi SUP dan calon persendirian perlu hubungi SPP, JPN untuk slip baharu

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai keputusan SPM 2025, sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing atau dapatkan info terkini melalui:

Soalan Lazim Semakan Keputusan SPM

Bilakah tarikh rasmi keputusan SPM 2025 diumumkan?

Tarikh rasmi keputusan SPM 2025 ialah pada 31 Mac 2026. Rujuk selalu portal rasmi KPM di www.moe.gov.my dan laman Lembaga Peperiksaan untuk info terkini.

Bagaimana cara semak keputusan SPM 2025 secara online?

Calon boleh menyemak keputusan melalui portal khas myresultspm.moe.gov.my (apabila dibuka). Anda perlu masukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran, kemudian cetak slip keputusan dalam format PDF.

Bolehkah keputusan SPM 2025 disemak melalui SMS?

Ya, lazimnya KPM menyediakan perkhidmatan SMS ke nombor khas (contoh: 15888) dengan format tertentu. Format sebenar dan nombor SMS akan dinyatakan dalam kenyataan rasmi pengumuman keputusan SPM 2025.

Adakah saya masih boleh dapat slip fizikal di sekolah?

Boleh. Calon sekolah akan mengambil slip keputusan asal di sekolah masing‑masing pada hari yang sama keputusan diumumkan. Calon persendirian pula perlu merujuk Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau pusat peperiksaan yang ditetapkan.

Berapa lama keputusan SPM 2025 sah digunakan?

Keputusan SPM sah sepanjang hayat sebagai rekod akademik utama peringkat menengah. Ia kekal relevan untuk permohonan kerja, sambung belajar, dan urusan rasmi lain selagi dokumen asal dijaga dengan baik.

Bagaimana jika saya tidak berpuas hati dengan keputusan SPM 2025?

Anda boleh memohon penyemakan semula keputusan dalam tempoh yang akan ditetapkan selepas keputusan diumumkan. Permohonan dibuat melalui borang/portal rasmi Lembaga Peperiksaan dan dikenakan bayaran per mata pelajaran.

Adakah saya boleh ambil semula peperiksaan untuk baiki gred?

Boleh. Anda boleh menduduki SPM Ulangan (SPMU) untuk subjek tertentu seperti Bahasa Melayu, Matematik atau subjek lain yang ditawarkan.

Apa perlu buat jika hilang slip keputusan SPM?

Jika slip hilang atau rosak, anda boleh memohon salinan penyata keputusan atau sijil gantian daripada Lembaga Peperiksaan melalui permohonan rasmi. Proses ini biasanya memerlukan salinan IC, bayaran pemprosesan dan mengambil sedikit masa sebelum dikeluarkan.

View Original Article