3 Hari Menghilang, Isteri Meraung Sebelum Rebah Melihat Jasad Suami

3 Nov 2026 • 6:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft isteri meraung

Hancur luluh hati seorang isteri apabila penantian penuh debar selama hampir 48 jam akhirnya ternoktah dengan sebuah perkhabaran yang meragut seluruh jiwa raganya.

Di jeti Tok Imam Yie, Kedai Piah hari ini, suasana bertukar pilu dan meruntun hati apabila jasad Muhammad Aqbar Che Abdullah, 35, akhirnya dibawa ke darat.

Sebaik sahaja kelibat jasad kaku suami tercinta tiba di jeti berkenaan, isterinya, Nor Asnida Mohd Tarmizi, 32, tidak lagi mampu membendung rasa duka.

Wanita itu dilihat meraung sekuat hati sebelum rebah ke tanah, meratapi pemergian insan tersayang sebelum dipapah dan ditenangkan ahli keluarga yang berada di sisi.

Artikel berkaitan : Wanita Ma*t Dalam Kemalangan, Suami & Anak Meraung Lihat Jasad Ibu Dig*lis Treler

Artikel berkaitan : Video Wanita Meraung Lihat Kucing Dalam Longkang Undang Pelbagai Reaksi, Dakwa Ia ‘Kerja’ Jiran

Ditemukan tertiarap bawah pam pasir, 20km dari lokasi jatuh

  Screenshot 2026 11 03 182521

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan sejak Ahad lalu akhirnya menemukan mangsa kira-kira jam 8 pagi Selasa.

Jasad mangsa dijumpai dalam keadaan tertiarap di bawah sebuah pam menyedut pasir di Kampung Chekok, Serendah oleh penduduk kampung yang turut serta membantu pencarian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Fakaruddin Brahim menjelaskan bahawa jasad mangsa ditemui pada jarak kira-kira 20 kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

“Anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati mayat seorang lelaki berada di kawasan tersebut. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita.

Imbas kembali kejadian pada jam 8.30 pagi Ahad lalu, mangsa yang bekerja sebagai pengorek pasir menggunakan jentera berat dipercayai terjatuh dari sebuah bot ke dalam sungai di pangkalan pasir Kampung Chekok, Serendah.

“Kami bersyukur mayatnya ditemukan…”

Screenshot 2026 11 03 182455

Kehilangan mangsa bukan sahaja meruntun jiwa keluarga, malah dirasai rakan-rakan yang setia turun ke sungai demi menjejaki sahabat mereka.

Salah seorang penduduk kampung yang juga rakan mangsa, Zamri Abdullah, 60, berkongsi detik sayu ketika menerima khabar penemuan itu sewaktu berada di atas bot bersama tiga rakannya.

“Allahyaryam Muhammad Aqbar merupakan rakan saya dan kami bersyukur apabila mayatnya ditemukan selepas lebih 48 jam hilang.

“Saya bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu pasukan bomba mengangkat mayat mangsa sebelum dibawa ke jeti Tok Imam Yie,” luahnya.

Screenshot 2026 11 03 182433

Terdahulu, Nor Asnida memaklumkan bahawa suaminya sempat mengalami demam pada malam sebelum kejadian dan mempunyai sejarah masalah tekanan darah rendah.

Beliau mengesyaki arwah suaminya diserang pening kepala akibat tekanan darah rendah ketika berada di atas bot sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam arus sungai.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga arwah, moga diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian yang cukup berat ini. Al-Fatihah.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved