3 Jam Lalu Kawasan Sama, Duit Tambang Bertukar Jadi Daun

28 Jan 2025 • 5:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang pemandu e-hailing di Sleman, Jogjakarta terkejut apabila mendapati bahawa duit tambang yang diberikan oleh penumpang misteri bertukar menjadi daun, lapor laman berita Kumparan pada Ahad. 


Seorang penduduk tempatan, Rinto Budiantoro berkata, kejadian itu diketahuinya setelah dia mendekati sebuah kereta e-hailing yang berhenti di tepi jalan selepas waktu solat subuh.


Pemandu e-hailing itu kemudian memberitahu Rinto bahawa dia menerima tempahan daripada seorang wanita yang dikenali dengan nama Puteri.

Penumpang berkenaan meminta untuk dihantar ke kawasan perumahan untuk golongan bawahan di Krapyak, Sleman.

Kata pemandu itu, ketika tiba di destinasi, wanita tersebut membayar tambang menggunakan wang tunai sebelum ia bertukar menjadi daun.


Malah ketika pemandu berkenaan menunjukkan telefon bimbit kepada Rinto, pesanan yang dibuat oleh penumpang tersebut telah hilang.


Rinto kemudian memberitahu pemandu itu bahawa tidak ada kawasan perumahan seperti yang didakwa oleh wanita tersebut.


Apa yang lebih menghairankan adalah apabila pemandu itu berkata, dia melalui lokasi yang sama selama tiga jam.


Keretanya juga mengalami kerosakan kerana melanggar jambatan kecil, manakala Rinto mendapati pemandu tersebut tidak berada dalam keadaan mabuk. 


Sumber: Kosmo

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved