3 Koleksi Kenderaan Lego DreamZzz Eksklusif Dengan 2 Mod Binaan Berbeza

Design
13 Aug 2023 • 3:44 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Setiap kenderaan ini boleh diubah kepada dua mod berbeza

Ingat lagi tak dengan artikel yang dikongsikan oleh penulis sebelum ini, tentang enam karakter Lego yang diinspirasikan dari filem bersiri Lego bertemakan dunia mimpi Lego DreamZzz? Jika sebelum ini penulis merungkai setiap watak yang ada, apa kata kali ini kita lihat pula jenis tunggangan atau kenderaan eksklusif lego ini berdasarkan filem bersiri tersebut.

Teruja juga rasanya apabila melihat set permainan tunggangan atau kenderaan koleksi tersebut. Sedikit pun tidak berubah reka bentuknya dengan apa yang dilihat di dalam filem bersiri Lego DreamZzz ini. Sangat berkualiti dan tahan lasak.

Jadi hari ini penulis berkongsi tiga set tunggangan Lego DreamZzz iaitu Mrs. Castillo's Turtle Van, Nightmare Shark Ship dan Robot Z-Blob. Setiap kenderaan ini boleh diubah kepada dua mod berbeza.

image is not available

Mrs. Castillo's Turtle Van

Set kenderaan ini adalah sebuah van berbentuk penyu  dimiliki oleh Mrs. Castillo's, seorang wanita tua yang hidup di dalam dunia DREAMZzz. Dalam bentuk asasnya, mainan van ini mempunyai roda bergerak dan bumbung seperti sebuah penginapan.

Seperti dalam filem bersiri, set ini mempunyai dua mod yang berbeza. Pertama, ia direka dan boleh bertukar kepada mod parti, yang menyaksikan van penyu ini dilengkapi pokok bergerak, kaktus berputar serta peti harta karun yang terbuka. Ini bagi memberi suasana santai dan sedang berseronok.

image is not available

Bagi mod kedua, van ini boleh bertukar menjadi mod kapal selam terbang yang berfungsi untuk menyerang pihak lawannya iaitu bala tentera Raja Mimpi Ngeri. Van penyu turut dilengkapi dengan roket dan periskop mudah alih. 

Permainan ini bersaiz 18cm x 19 cm x  15 cm.

image is not available

Nightmare Shark Ship

Nightmare Shark Ship pula adalah set tunggangan kenderaan kepada Night Hunters, pemburu malam yang telah menangkap anak patung mewah kegemaran Izzie. Rekaannya menggabungkan sebuah bentuk kapal lanun berasaskan ikan jerung.

Turut memiliki dua cara binaan, kenderaan yang nampak sedikit rumit dan garang ini mempunyai dua mod iaitu mod kapal dan mod tank. Untuk mod kapal, ia mempunyai enjin dan layar di hadapan manakala mod tangki mempunyai dua aksesori alat penembak. 

image is not available

Kenderaan ini nampak garang kerana di bahagian depannya berbentuk kepala ikan jerung bersama gigi tajam. Selain itu, ia mempunyai pelbagai ciri istimewa seperti rahang ikan jerung tersebut boleh dibuka untuk meletakkan patung di dalamnya, mempunyai kabin serbaguna di belakang dan banyak lagi.

Turut dilengkapi dengan dua menara boleh berputar dan menembak,  kenderaan ini mempunyai sangkar dan pintu perangkap di bahagian tengah-tengah kapal.

Saiz permainan ini ialah 31cm x 60cm x 25cm.

image is not available

Robot Z-Blob

Robot Z-Blob adalah robot yang dicipta hasil daripada lukisan Mateo hasil sendiri. Set ini dicipta dengan  tubuh, lengan dan kaki robot yang besar. Ini termasuklah aksesori Z-Blob iaitu blaster bahu atau jetpack bersama topi keledar yang menampakkan lagi kehebatan robot ini.

image is not available

Robot ini melengkapkan watak Mateo yang beraksi menentang Raja Mimpi Ngeri di dalam dunia DreamZzz.

Buat makluman, ketiga-tiga permainan di atas menjadi antara set koleksi eksklusif yang pernah dikeluarkan oleh Lego, inspirasi daripada sebuah filem bersiri yang bersiaran melalui platform Youtube sahaja. Malah arahan pembinaan set permainan ini juga boleh dirujuk pada aplikasi di Lego Builder.

Oleh itu, kepada peminta, pengumpul dan ibu bapa di luar sana, dapatkan set koleksi ini untuk anda menikmati kepuasan tersendiri ketika memasangkan binaan tersebut. 

Untuk maklumat lanjut, boleh klik pautan ini. - Getaran, 13 Ogos 2023

Sumber Foto: LEGODreamZzz.com