Lego Hyper Naked Yamaha MT-10 Semarakkan Jiwa Kelajuan Peminat Motosikal

17 Jul 2023 • 9:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Hyper Naked Yamaha MT-10 versi lego - gambar Go Com PR

Jika sebelum ini Lego pernah mengeluarkan model automotif edisi khas bertema Fast & Furious, minggu lalu permainan bongkah terkenal dunia ini melancarkan sebuah lagi edisi khas terbaharu berkonsepkan motosikal Hyper Naked iaitu Technic 42159 Yamaha MT-10 SP.
 

image is not available
Lego MT 10 pasti menarik perhatian peminat - gambar Go Com PR



Replika luar biasa dan ranggi seperti motosikal sebenar ini dihasilkan oleh Lego Technic dengan menggabungkan kuasa imaginasi dunia permotoran Yamaha, berlandaskan hasil karya seni kejuruteraan dan kreativiti Lego.

Tahun lepas, Technic Lego telah mencipta sebuah replika motosikal model BMW M1000RR, justeru penghasilan 42159 Yamaha MT-10 S ini dilihat dapat menyemarakkan lagi semangat dan jiwa kelajuan peminat motosikal dan pencinta Lego.

image is not available
Memasang bongkah lego Yamaha Mt 10 ini pasti mengujakan - gambar Go Com PR

Direka dengan penuh teliti dan terperinci, 42159 LEGO Technic Yamaha MT-10 SP jelas memperlihatkan bentuk sebuah motosikal ikonik dari Yamaha.

Mengambil inspirasi rangkaian Hyper Naked, ia merupakan koleksi premium dan sangat eksklusif untuk dimiliki.

Penghasilan lego model motosikal itu juga memperlihatkan bahawa syarikat permainan bongkah tersebut sedang mengembangkan pasaran bagi menarik pelbagai golongan untuk meminati produk Lego.

Dikeluarkan di bawah jenama Yamaha, Ia turut mengambil kira setiap aspek dan perincian yang terdapat pada rekabentuk asal, malah dilengkapi dengan kriteria khas Yamaha, termasuk enjin empat silinder.

Seperti model yang sebenar, koleksi ini turut didatangkan dengan kotak gear seperti drum syif, garpu syif, gelang syif gear, dan drum ratchet yang digabungkan dengan teliti.

Ini bagi meningkatkan realisme terhadap model tersebut terutamanya di mata seorang mekanik motosikal yang arif dengan setiap komponen berkenaan.

image is not available
Lego Yamaha MT 10 mengambil kira setiap perincian terdapat pada motosikal sebenar - gambar Go Com PR



Model Lego Technic Yamaha MT-10 SP ini juga memperlihatkan bahawa ia adalah sebuah ciptaan dan binaan bongkah yang sukar ditandingi.

Ia diyakini berupaya menyatukan peminat motosikal dan Lego dalam menyokong inovasi dihasilkan.

Berukuran 25cm x 44cm x 15cm, set ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah kepada penggemar koleksi motosikal dan peminat setia Yamaha, sama ada kanak-kanak atau dewasa.

image is not available
Peminat Yamaha MT 10 perlu segera mendapatkan koleksi ini - Gambar Go Com PR

Set 42159 LEGO Technic™ Yamaha MT-10 SP membuktikan permainan bongkah ini tidak bertumpu kepada kanak-kanak sahaja. Syarikat ini sedang mencipta dan mengembangkan lagi pelbagai kategori permainan lego bagi menarik perhatian lebih ramai pengguna.

Anda boleh dapatkan model ini melalui pembelian dalam talian di Lazada, Shopee atau peruncit utama Lego di Malaysia mulai 1 Ogos 2023. - Getaran, 17 Julai 2023