3 Lelaki Direman, Buat Laporan Palsu Kononnya Disamun RM60K

Entertainment
20 Sep 2025 • 5:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki yang juga merupakan jurujual kereta telah ditahan reman oleh pihak polis selama empat hari selepas didakwa mengupah dua orang lelaki untuk menyamun dirinya sendiri, lapor Malaysia Gazette.

Pihak polis juga turut menahan reman dua orang lelaki yang diupah oleh lelaki itu untuk membantu siasatan.

Difahamkan, dalang kes berkenaan iaitu jurujual kereta itu telah mengupah dua orang lelaki tersebut untuk menyamun wang tunai lebih RM60,000 yang berada dalam milikannya pada Rabu lalu di Jalan Kampung Gajah, Pulau Pinang.

Pada mulanya, selepas dia kononnya disamun, lelaki tersebut telah ke balai polis untuk membuat laporan bahawa wang tunainya telah dibawa lari oleh dua orang individu yang menunggang motosikal.

image is not available

Namun, rancangan lelaki tersebut terbongkar apabila polis menahan dua orang lelaki yang diupahnya itu.

Menurut dua lelaki berkenaan, mereka telah terlibat dalam perancangan tersebut setelah mereka dijanjikan upah sebanyak RM3,000 untuk menyamun.

Walau bagaimanapun, kedua-dua individu yang terlibat mendakwa lelaki tersebut belum memberikan mereka bayaran yang dijanjikan untuk kerja-kerja menyamun itu.

Difahamkan, siasatan polis mendapati bahawa suspek utama iaitu dalang kes tersebut telah menggunakan wang tunai pelanggannya untuk kegunaan sendiri.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.