3 M*ut Akibat Wabak Hantavirus Di Kapal Persiaran, PHM Kongsi Cara Bersihkan Najis Tikus

EnvironmentHealth & Fitness
5 May 2026 • 11:35 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

hantavirus cara bersihkan najis tikus

Satu wabak jangkitan hantavirus yang jarang berlaku di atas kapal persiaran mewah di Lautan Atlantik telah menyebabkan tiga penumpang maut dan beberapa yang lain jatuh sakit.

Susulan kejadian itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) kini sedang memantau wabak berkenaan di atas kapal persiaran terbabit yang membawa kira-kira 150 penumpang.

Pengarah Kesiapsiagaan Epidemik dan Pandemik WHO, Maria Van Kerkhove berkata, hantavirus lazimnya merebak melalui sentuhan dengan tikus yang dijangkiti (melalui air kencing, najis dan air liur) dan jarang menular antara manusia.

Bagaimanapun, WHO menegaskan risiko kepada orang awam kekal rendah dan tiada keperluan untuk sekatan perjalanan.

Walaupun penularan dari manusia ke manusia jarang berlaku, tempoh inkubasi hantavirus boleh mengambil masa beberapa minggu, bermakna sebahagian individu mungkin belum menunjukkan sebarang simptom.

Elak bersihkan najis tikus dengan menyapu atau sembur!

Mengendalikan najis tikus bukan sekadar membersihkannya tetapi juga sebagai langkah penting untuk mencegah penyakit berbahaya.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM), jika terjumpa najis tikus, elakkan daripada menyapu, membersihkan dengan menggunakan vacuum atau semburan air yang kuat kerana habuk yang tercemar akan naik ke udara boleh merebak dan berisiko mengalami jangkitan kuman di paru-paru.

Jadinya, ikuti cara yang betul untuk membersihkan najis tikus.

1. Buka pintu dan tingkap dahulu. Biarkan udara masuk. Pakai sarung tangan.

2. Sembur disinfectant atau bancuhan peluntur sampai basah. Tunggu sekurang-kurangnya 5 minit.

3. Kutip perlahan-lahan dengan tisu tebal atau kain pakai buang. Masukkan dalam plastik dan ikat kemas.

4. Lap semula kawasan itu. Basuh tangan dengan sabun.

Sumber: Astro Awani, Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.