3 Manfaat Penjawat Awam Bakal Dapat Dalam Bajet 2023

7 Oct 2022 • 6:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam pembentangan Bajet 2023 sebentar tadi, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan bantuan sebanyak RM 350 kepada satu juta pesara kerajaan dengan implikasi kewangan berjumlah RM1.3 bilion.

Selain itu, kenaikan gaji tambahan khas sebanyak RM 100 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah. Mereka juga bakal menerima bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM 600 berbanding RM500 pada tahun lalu.

Selain itu, berita gembira kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), apabila Tengku Zafrul memaklumkan diskaun sebanyak 20% untuk baki hutang penyelesaian penuh, 15% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang serta 15% untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved