3 maut, 5 cedera nahas di Kunak

6 Apr 2024 • 10:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Dua lelaki dan wanita warga emas maut, manakala lima lain cedera dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Kunak-Tawau, berhampiran Ladang Giram di Kunak petang tadi.

Mangsa Noorhashim Ambutong, 41, Tima Amihusin, 74, dan Alkawi Ali, 30, yang menaiki kereta Proton Iswara disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, berkata enam pegawai serta anggota Balai Bomba Kunak digegaskan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan berhubung kejadian pada 3.20 petang.

“Tiga mangsa yang menaiki kenderaan pacuan empat roda dan dua yang menunggang motosikal dilaporkan mengalami kecederaan serta diberi rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan Pegawai Perubatan KKM di tempat kejadian.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Semua yang cedera dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS dan ambulans manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya menambah operasi tamat pada 4.50 petang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.