3 maut bas rempuh orang ramai di Sepanyol

10 Oct 2023 • 3:16 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MADRID: Tiga maut apabila sebuah bas yang hilang kawalan terbabas sebelum merempuh kumpulan pejalan kaki di Sepanyol pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Seorang wanita berusia 60 tahun, seorang wanita berusia 19 tahun, dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun terbunuh dalam kemalangan di Cadiz di selatan negara itu, kata Datuk Bandar Bruno Garcia.

Beberapa orang turut cedera dengan seorang daripadanya cedera parah.

Walaupun bas itu rosak teruk dalam kemalangan itu, kira-kira 30 penumpang - kesemuanya pelajar kejururawatan - tidak cedera.

Kemalangan itu berlaku apabila pemandu bas gagal mengawal kenderaannya semasa melalui jalan curam dan memasuki lorong bertentangan sebelum memasuki laluan pejalan kaki serta sebuah pusat membeli-belah, menurut pihak berkuasa.

Kegagalan brek dipercayai menyumbang kepada kemalangan itu, menurut laporan media.

Sementara itu, Garcia mengumumkan tiga hari berkabung manakala polis telah memulakan siasatan berhubung kemalangan tersebut. -Bernama