3 Minggu Tak Bersiaran, ‘Good Partner’ Kembali Dengan Rating Hampir Cecah 20%

Entertainment
19 Aug 2024 • 11:04 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas 3 minggu berehat, akhirnya “Good Partner” kembali bersiaran.

Terbaru, drama ini mencatat lonjakan rating mendadak selepas mencapai titik tertinggi setakat ini.

Menurut Nielsen Korea, drama popular ini menduduki tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran dengan catatan sebanyak 17.7%.

“Good Partner” juga memperoleh penilaian tertingginya dalam kalangan demografi penonton utama berusia 20 hingga 49 tahun, dengan purata sebanyak 6.1%—menjadikannya program paling banyak ditonton sepanjang minggu ini.

image is not available

Dalam pada itu, Cha Eun-kyung (Jang Na-ra) memulakan serangan terhadap Choi Sa-ra (Han Jae-yi) selepas wanita itu ditangkap menjalinkan hubungan sulit bersama suaminya.

Hebat kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.