
3 Negeri, 2 Wilayah Persekutuan Diramal Hujan Lebat Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga jam 9 malam ini.
Menurut METMalaysia dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Selangor, Sarawak, Sabah dan keseluruhan kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
“Di Selangor, daerah yang terlibat termasuklah Petaling, Hulu Langat dan Sepang sehingga 7:00 malam ini.
“Manakala di Sarawak pula melibatkan Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi). Sementara di Sabah termasuk Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas) sehingga 9:00 malam,” maklum METMalaysia.
Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, kawasan ini dijangka hujan hingga jam 7 malam ini.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
The post 3 Negeri, 2 Wilayah Persekutuan Diramal Hujan Lebat Malam Ini appeared first on Siakap Keli.


