3 Negeri Dijangka Hujan Lebat Malam Ini

9 Feb 2025 • 7:10 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

3 Negeri Dijangka Hujan Lebat Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri hingga jam 9 malam ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Perak, Sarawak dan Sabah.

“Di Perak, daerah yang diramal hujan lebat adalah Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang.

“Manakala di Sarawak pula melibatkan kawasan Serian (Serian), Samarahan, Sibu, Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

“Beralih ke Sabah, kawasan dijangka hujan melibatkan Pedalaman (Nabawan) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan),” maklum kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02uXva51Ms1tB8FBdxQW2PUxNYjphgc87PB7UB3hFELnUd1TsBcLF6Gnk6XwRm31gTl