3 Pemimpin PN Ponteng Soal Jawab PM, ‘Adakah Mereka Lebih Sibuk Daripada Anwar?’

Politics
14 Feb 2023 • 3:35 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Datuk Seri Anwar Ibrahim kini akan meluangkan masa setengah jam setiap Selasa untuk menjawab soalan Ahli Parlimen dalam Dewan - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung mendakwa sesi Soal Jawab Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini, tidak dihadiri tiga pemimpin utama Perikatan Nasional (PN).

Beliau mendakwa, tiga pemimpin tersebut ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Selamat pagi dari Parlimen! Hari ini menyaksikan Soal Jawab Perdana Menteri. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini akan meluangkan masa setengah jam setiap Selasa untuk menjawab soalan Ahli Parlimen dalam dewan. Reformasi!

“Tetapi adalah menyedihkan, kerusi di sebelah pembangkang kosong. Mereka, antara lain ialah Hamzah, Muhyiddin dan Abdul Hadi,” tulisnya menerusi hantaran di Facebook.

Chean Chung yang juga Pengarah Komunikasi PKR, turut melontarkan persoalan sama ada mereka yang tidak hadir itu lebih sibuk berbanding Perdana Menteri.

“PN ponteng. Adakah mereka lebih sibuk daripada Perdana Menteri untuk berada di Parlimen?” soalnya. - Getaran, 14 Februari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved