3 remaja lelaki ditahan, disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun

LocalPolitics
30 Sep 2024 • 9:58 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Polis telah menahan tiga remaja lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rogol berkumpulan terhadap seorang kanak-kanak perempuan pada Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 12 hingga 14 tahun dan merupakan kenalan mangsa, ditahan pada jam 5.40 petang, Jumaat lalu.

Kesemua suspek ditahan selepas ibu mangsa membuat laporan mengenai kejadian yang menimpa anak perempuannya yang berusia 12 tahun.

“Kejadian rogol berlaku kira-kira jam 9 malam Khamis lalu di kawasan kebun berhampiran sebuah kampung di sini.

“Ketiga-tiga suspek yang tidak bersekolah ini adalah kenalan dan tinggal sekampung dengan mangsa,” katanya.

Salah seorang suspek tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri. Kesemua suspek kini ditahan reman selama lima hari sehingga 2 Oktober untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan, Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sumber: Harian Metro