Polis Berjaya Tangkap Dua Suspek Bantu Siasatan Kes Orang Hilang – Polis

LocalPolitics
30 Sep 2024 • 7:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Polis Berjaya Tangkap Dua Suspek Bantu Siasatan Kes Orang Hilang – Polis

Ekoran perkembangan kes Orang Hilang (OH), pada 27 September 2024, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah telah berjaya mengesan dan menangkap suspek dua lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun yang disyaki dapat membantu dalam siasatan kes Orang Hilang (OH) tersebut.

Hasil soal siasat dijalankan, pengakuan telah dibuat oleh kedua-dua suspek tersebut bahawa mangsa iaitu Orang Hilang (OH) telah dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra Kedah dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.

Kes Orang Hilang (OH) berjaya diselesaikan dan siasatan dilanjutkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu ‘Bunuh’. Sehingga kini mangsa masih gagal dijumpai dan usaha mencari mangsa masih diteruskan dengan bantuan agensi-agensi berkaitan.

Pihak PDRM telah memaklumkan perkembangan siasatan kepada keluarga mangsa. Semua pihak adalah dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian dan menghormati serta menjaga sensitiviti pihak keluarga mangsa. Sebaliknya orang ramai adalah diminta untuk membantu menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian kepada pihak polis.

image is not available image is not available

Sumber: Polis Kedah