3 Remaja Lelaki Masih Bersekolah Ditahan Polis, Curi Wang Derma Tabung Surau

LocalPolitics
12 Apr 2026 • 12:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Tiga orang pelajar sekolah yang berusia antara 13 dan 15 tahun telah diberkas oleh polis kerana telah mencuri wang daripada tabung derma di surau di Kangkar Pulai beberapa hari lalu.

Laporan Malaysia Gazette mendedahkan bahawa tiga orang suspek iaitu remaja yang masih bersekolah itu dipercayai telah terlibat dengan beberapa kes kecurian tabung surau.

Sebuah motosikal dan dua buah tabung surau yang dipercayai dicuri oleh ketiga-tiga remaja itu turut dirampas oleh polis.

Menurut polis lagi, tiga kes kecurian duit tabung derma surau telah berjaya diselesaikan oleh pihak mereka dengan tertangkapnya suspek-suspek ini.

Bagi membantu siasatan, polis telah menahan reman ketiga-tiga remaja itu sehingga 15 April ini selama lima hari bermula semalam.

Polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sumber: Malaysia Gazette 

Sumber: Gambar HiasanSumber: Kosmo

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.