3 Rentung Dalam Kebakaran Di Sandakan

20 Aug 2022 • 9:29 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Identiti ketiga-tiga mangsa yang maut dalam kebakaran itu masih dalam siasatan. - Gambar ihsan Bomba

SANDAKAN - Seorang warga emas dan sepasang suami isteri ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran sebuah rumah jenis kekal di Taman Rajawali di sini kira-kira 10.30 malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sini hari ini, mayat wanita berumur 90-an itu ditemukan bersama anak lelaki dan menantu perempuan selepas api berjaya dikawal 11 malam.

Kenyataan itu memberitahu umur suami isteri berkenaan serta identiti ketiga-tiga mangsa masih dalam siasatan.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 10.35 malam.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis kekal telah terbakar 90 peratus," menurut kenyataan itu.

Operasi tamat sepenuhnya pukul 1.21 pagi tadi dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Bernama