3 sebab kenapa landskap skuter EV di Malaysia lemau

Cars
9 Nov 2023 • 11:43 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

EV empat roda kini kian popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Harganya pun sudah masuk akal dan mampu menyaingi kenderaan versi petrol yang ada. Ditambah pula dengan insentif cukai jalan percuma sehingga 2025 dari kerajaan Malaysia, maka ada saja orang yang melangkah masuk ke dunia EV hari demi hari. Namun begitu, kategori EV yang macam tak berapa rancak di Malaysia adalah yang beroda dua. Berapa kerapkah anda nampak skuter elektrik di atas jalan raya?

image is not available

Saya bukan maksudkan skuter elektrik yang digunakan pegawai keselamatan yang meronda kawasan perumahan anda sebaliknya yang sah digunakan atas jalan raya, lengkap dengan nombor pendaftaran. Setelah berfikir panjang, ini mungkin 3 sebab keranpa skuter EV agak sendu di Malaysia.

1. Harga yang tak mesra poket

Di Malaysia, tak banyak skuter elektrik yang sah digunakan di atas jalan raya. Paling premium setakat ini adalah BMW CE 04. Skuter ini seberat 231kg dengan motor elektrik berkuasa 31kW (42hp) dan tork 62Nm. CE 04 pada harga RM59,500 tak termasuk insurans. Pada harga sekitar itu, saya boleh dapat Aprilia RS660 RM59,900 dan anda dapat motor 100hp dengan 67Nm tork seberat cuma 183kg.

image is not available

Satu lagi skuter elektrik yang ada ialah Blueshark R1. Harga penawarannya adalah bermula RM7,190 tak termasuk insurans. Murah kan? Anda kena sewa bateri pada harga RM79/bulan. Tak termasuk langganan BlueSwap berharga serendah RM1.95/pertukaran di stesen BlueSwap.

image is not available

Sudahnya, orang beli kapcai sahaja. Kalau tak guna, simpan dalam garaj. Cukup masa, renew roadtax dan insurans sahaja.

  • 150cc kebawah – RM2
  • 151cc hingga 200cc – RM30
  • 201cc hingga 250cc – RM50
  • 251cc hingga 500cc – RM100
  • 501cc hingga 800c – RM350

2. Motorsikal petrol sudah cukup cekap

Setakat ini, saya belum pernah dengar orang mengeluh katakan motorsikalnya parok minyak. Berapa kecekapan penggunaan petrol motorsikal?

image is not available
Kecekapan petrol Yamaha LC 135

Saya ambil contoh data yang dikongsikan pengguna Yamaha LC135 di laman Fuelly. Ada yang catatkan sehingga 40.5km untuk setiap liter. Dengan mengambil kira kapasiti tangki 4L, motorsikal ini boleh pergi lebih 160km dengan satu tangki penuh pada harga RM8.60 (RON95 berharga RM2.15/L).

image is not available

Kemudian saya bandingkan dengan Blueshark R1 yang ada jarak kembara didakwa 110km, walaupun saya test dapat kurang daripada 100km, kita guna saja angka spesifikasi rasmi. Saya dapati yang kos petrol yang saya bayar untuk LC135 hampir separuh lebih rendah daripada kos bateri Blueshark R1 dengan beranggapan saya bergerak 40km setiap hari untuk 30 hari.

3. Pengalaman menunggang yang tak seronok

Orang tunggang motor yang cari keseronokan tentu nak rasa perasaan tukar gear. Malahan ada skuter yang dilengkapi sistem transmisi klac berkembar (DCT), contohnya Honda X-Adv750.

image is not available
Honda X-Adv 750

Memang karakteristik sebuah kenderaan elektrik yang ia tiada gear. Jadi apabila anda pulas throttle , ia pergi sahaja sehinggalah motor elektrik rosak. Sebab itu banyak EV yang kelajuannya dihadkan secara elektronik selain untuk tujuan keselamatan.

image is not available
Tali sawat BMW CE 04 (sumber)

Kalau anda kata CVT di skuter dah cukup bosan, skuter elektrik satu takat lagi bosan daripada skuter. Sudahlah ia tiada enjin breaking yang boleh juga anda gunakan untuk perlahankan kenderaan, anda terpaksa bergantung sepenuhnya pada brek depan dan belakang untuk berhenti.

Masalahnya dengan skuter elektrik harga marhaen ini adalah ia tiada sistem regenerative braking yang boleh tukarkan tenaga kinetik sewaktu engine braking kepada tenaga elektrik masuk ke bateri. BMW CE 04 ada. Tapi itulah, bila cerita tentang skuter yang ada sangat terhad, nak masukkan apa-apa komponen pada skuter, akibatnya skuter jadi berat.

Jadi, apa kata anda? Cuba kongsikan dengan saya dalam ruangan komen.