3 Setiausaha Politik Perdana Menteri Angkat Sumpah Jawatan

Politics
23 Dec 2022 • 12:44 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Shamsul Iskandar (kiri), Ahmad Farhan dan Chan Ming Kai ketika upacara angkat sumpah dan penyampaian watikah di hadapan Anwar Ibrahim dan Mohd Zuki Ali. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Seramai tiga setiausaha politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengangkat sumpah simpan rahsia bagi jawatan berkenaan, hari ini. 

Majlis angkat sumpah dan penyampaian watikah pelantikan itu berlangsung di hadapan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. 

Anwar berkata, upacara angkat sumpah itu didahului mantan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin yang dilantik sebagai Setiausaha Politik Kanan.

“Turut mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik ialah Ahmad Farhan Fauzi dan (mantan Ahli Parlimen Alor Star) Chan Ming Kai. 

“Semoga mereka dapat laksanakan tanggungjawab diamanahkan ini dengan baik dan penuh tawaduk,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, pelantikan Shamsul Iskandar tidak mengejutkan kerana beliau dikenali sebagai penyokong setia Anwar selama dua dekad.

Kerjaya politik beliau menyaksikan parti meletakkannya sebagai calon di tiga negeri berbeza dan pernah menjadi Ahli Parlimen selama dua penggal. - Getaran, 23 Disember 2022.