3 Tahun Hilang, Keluarga Remuk Dapat Tahu Anak Dic*lik & Did*ra Kekasih Sampai Buta Kekal!

22 Jun 2026 • 3:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 06 22T151253.071

Dunia percintaan sepatutnya penuh dengan kasih sayang, tapi bagi seorang wanita dari Rancaekek, Kabupaten Bandung, Indonesia ini, dia sebaliknya melalui detik hitam dalam hidup selepas menjadi mangsa kekejaman kekasih sendiri.

Lebih menyayat hati, mangsa yang dikenali sebagai YTR (29 tahun) kini ditemui dalam kondisi yang amat kritikal di Rumah Sakit Hasan Sadikin (RSHS) Bandung selepas dikurung dan diseksa selama tiga tahun!

Kisah tragis ini mula terbongkar apabila keluarga mangsa tiba-tiba menerima satu pesanan WhatsApp daripada nombor yang tidak dikenali pada Rabu (10 Jun 2026). Selama ini, keluarga langsung tidak menyangka YTR berada dalam bahaya kerana menyangka wanita itu sedang bekerja di ibu kota, Jakarta.

Adik mangsa, Syahrul Ulum, mendedahkan bahawa mereka sekeluarga telah dikaburi oleh taktik licik pelaku yang dikenali sebagai Taufik Hidayat (30 tahun).

Rupanya, sepanjang tempoh tiga tahun ‘menghilang’ itu, telefon bimbit mangsa dirampas sepenuhnya oleh pelaku bagi mengelakkan dia menghubungi dunia luar atau meminta pertolongan daripada keluarga.

Sepanjang berada dalam kurungan, mangsa difahamkan telah dipukul dan diseksa tanpa belas kasihan.

Wajah mangsa dilaporkan hancur, selain alami buta kekal. Lebih zalim lagi, bahagian bibir atas mangsa didakwa hilang akibat digunting oleh pelaku, manakala kakinya pula dipenuhi dengan luka akibat ditetak.

Susulan itu, pihak keluarga mangsa telah membuat laporan rasmi kepada Polda Jawa Barat pada Jumaat (12 Jun 2026). Bagaimanapun, sehingga kini suspek (Taufik Hidayat) masih lagi bebas dan dalam buruan pihak berkuasa.

Menurut kenyataan daripada pihak polis, Kombes Hendra Rochmawan, pelaku sangat licik dan sering berpindah-randah bagi mengelakkan dirinya daripada dikesan.

Sumber: Bangkapos

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved