Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Perasaan sedih apabila terpaksa meninggalkan anak yang masih kecil demi mencari rezeki sememangnya perkara yang tak boleh dinafikan. Namun hidup terpaksa diteruskan meskipun terpaksa menanggung rasa rindu yang amat dalam.
Majikan buat kejutan terbangkan anak pembantu rumah selepas 3 tahun tak jumpa
Terbaharu sepasang suami isteri yang merupakan majikan telah membuat kejutan apabila menerbangkan anak kecil dipercayai dari Indonesia untuk bertemu dengan ibunya yang juga pembantu rumah mereka.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Elysyannys di Threads, awalnya kelihatan pasangan suami isteri itu memaklumkan kepada pembantu rumah, Itri perancangan mereka mahu membawa anaknya datang ke Malaysia.
Mendengar perkara itu, kelihatan wajah Itri begitu gembira apabila mengetahui niat baik majikannya.
Namun Itri dipercayai Itri tidak mengetahui bilakah pasangan suami isteri itu mahu membawa anaknya datang ke negara ini.
Buat kejutan kononnya ada sesuatu dalam bilik
Dalam video sama turut diselitkan rakaman litar tertutup (CCTV), menunjukkan Elys sedang berjalan ke sebuah pintu bilik serta memanggil Itri untuk melihat sesuatu dalam kamar tersebut.
Sebaik Itri berada di hadapan pintu, kelihatan anak perempuannya meninjau di sebalik pintu. Itri kemudian menjerit kegembiraan dan dua beranak itu dilihat berpelukan di hadapan pintu bilik berkenaan.
Peluk majikan sambil menangis, Itri tinggalkan anak ketika si kecil usia 3 tahun
Malah Itri turut memeluk majikannya atas kejutan yang diberikan itu sambil menangis.
“Simpan sini untuk kenangan. Tiga tahun lebih pembantu rumah saya Itri tak jumpa anaknya. Terima kasih Itri jaga anak-anak saya dengan baik.
“Hari ini saya ada rezeki lebih, saya bawa anak Itri datang Malaysia. Terima kasih ya, Allah.
“Itri bagitahu dulu masa tinggalkan rumah di Indonesia anak dia masa tu umur tiga tahun. Dia pergi masa anak dia tengah tidur. Tak nak anak dia menangis, sekarang jumpa-jumpa anak dia dah umur enam tahun,” ujarnya.
View on Threads
Ramai sebak lihat reaksi Itri selepas 3 tahun tak jumpa anak
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut berasa sebak dengan reaksi Itri apabila berjumpa dengan anaknya.
Malah ramai yang turut memuji dan mendoakan Elys agar dia terus menjadi majikan yang baik buat Itri serta menjadi contoh kepada orang lain.
Bahkan ramai yang memahami perasaan Itri yang rindu kepada anaknya, yang ditinggalkan sejak si kecil itu berusia tiga tahun untuk mencari rezeki.
Elys di ruang komen turut memaklumkan susulan kedatangan keluarga Itri ke Malaysia, dia memberikan pembantu rumah itu cuti selama seminggu serta menempah hotel untuk mereka meluangkan masa bersama.
“Saya tengok saya pula nangis. Semoga urusan awak sentiasa dipermudahkan, dikurniakan rezeki yang tak putus-putus sebab membahagiakan ibu lain.”
![Image from: 3 Tahun Tak Jumpa, Majikan Buat Kejutan Terbangkan Anak Pembantu Rumah Ke Malaysia [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/kejutan-untuk-pembantu-rumah-1.jpg)
“Sebaknya tengok. Semoga satu hari nanti saya boleh bawa anak-anak pembantu rumah daya datang Malaysia juga.”
![Image from: 3 Tahun Tak Jumpa, Majikan Buat Kejutan Terbangkan Anak Pembantu Rumah Ke Malaysia [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/kejutan-untuk-pembantu-rumah-2.jpg)
“MasyaAllah. Semoga Allah kurniakan kegembiraan buat puan seisi keluarga selamanya. Rezeki yang sentiasa mencukupi dan melimpah ruah dan tidak putus-putus..”
![Image from: 3 Tahun Tak Jumpa, Majikan Buat Kejutan Terbangkan Anak Pembantu Rumah Ke Malaysia [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/kejutan-untuk-pembantu-rumah-3.jpg)
“Semoga Allah SWT terus membuka pintu-pintu rezeki serta rahmatNya buat puan sekeluarga.”
![Image from: 3 Tahun Tak Jumpa, Majikan Buat Kejutan Terbangkan Anak Pembantu Rumah Ke Malaysia [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/kejutan-untuk-pembantu-rumah-4.jpg)



![[VIDEO] Majikan terbangkan keluarga pembantu rumah ke Malaysia](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-07-at-2.02.21-PM-1024x576.jpeg)

