30 Buah Rumah Atas Air Roboh, 190 Penduduk Terjejas Di Semporna

2 Aug 2024 • 12:39 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejadian rumah roboh di Semporna, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

30 Buah Rumah Atas Air Roboh, 190 Penduduk Terjejas Di Semporna. Sebanyak 30 rumah setinggan di perkampungan atas air roboh dalam kejadian di Lorong 3, Kampung Simunul, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah, telah memberitahu bahawa pihak polis menerima laporan daripada orang awam tentang satu kejadian pada pukul 1.18 petang.

image is not available
30 Buah Rumah Atas Air Roboh, 190 Penduduk Terjejas Di Semporna

Menurut laporan, beliau menyatakan bahawa siasatan awal menunjukkan kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 10.15 pagi dan telah menyebabkan dua buah rumah roboh.

Disebabkan struktur rumah di penempatan tersebut yang dibina berdekatan dan bersambung, 28 buah rumah lain di kampung itu turut roboh.

Seramai 190 warga tempatan dan asing daripada 30 keluarga terjejas

Seramai 190 orang penduduk tempatan dan enam warga asing telah dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Dewan PPR Bubul Ria. Setakat ini, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Pihak polis telah menubuhkan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di lokasi untuk menyelaras dan memantau keadaan. Sebanyak 33 laporan polis telah dibuat berkaitan rumah yang roboh dan kerugian yang dialami oleh keluarga yang terlibat.