
SANDAKAN: Penduduk sebuah rumah di Batu 1 ½ dekat Tadika Chi Hwa terkejut dengan kehadiran seekor ular sawa sepanjang tiga meter di bawah papan lantai, Khamis.
Penghuni rumah kemudian menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan untuk mendapatkan bantuan kira-kira jam 6.29 pagi.
Ketuanya Severinus Sainkui, berkata sebaik tiba di lokasi, pasukan menangkap ular tersebut menggunakan peralatan khas dan melepaskannya di hutan yang jauh dari kawasan perumahan.
Beliau berkata, operasi tamat jam 6.47 pagi setelah memastikan tiada lagi bahaya.
SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more Sementara itu di Beluran, sebuah lori dilaporkan musnah 60 peratus dalam kejadian di Jalan KM 85 Tol Juta Pan Borneo, Jalan Sapi Nangoh pada Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Edoen Macheal, berkata mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pukul 10.10 pagi melalui talian MERS 999 dan segera menghantar pasukan seramai tujuh orang ke lokasi sejauh kira-kira 80km.
Katanya, api dipadamkan oleh pemandu lori tersebut menggunakan air dalam tangki simpanan lori sebelum pasukan bomba tiba.
Tiada operasi dilakukan oleh pasukan bomba yang hanya mengambil maklumat di tempat kejadian.
Katanya, operasi tamat jam 11.30 pagi tanpa sebarang kecederaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

