’30 minit lambat tak mengapa, tapi kalau satu dua jam?’

Entertainment
12 Aug 2026 • 11:55 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ’30 minit lambat tak mengapa, tapi kalau satu dua jam?’

PETALING JAYA – Penerbit Datuk A. Aida tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas dengan terus menyekat mana-mana selebriti yang mempunyai masalah disiplin untuk bekerja di bawah syarikat penerbitannya.

Menurut A. Aida, 56, setiap individu yang mahu menjadi pelakon atau penyanyi perlu menitikberatkan soal disiplin bagi memastikan kerjaya seni terus kekal.

“Bila nak jadi artis tak kiralah penyanyi atau pelakon, yang utama adalah disiplin.

“Tidak mengapa kalau setiap hari lambat 30 minit tetapi kalau lambat satu jam atau dua jam?” katanya dalam satu hantaran Threads.

Tambahnya, kelewatan untuk datang ke set penggambaran akan memberi kesulitan kepada individu lain.

“Senarai hitam terus!

“Jangan menyusahkan pihak produksi,” tegasnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai respons netizen yang menyokong tindakannya mengambil tindakan tegas terhadap selebriti mempunyai masalah disiplin.

“Bukan sahaja artis, semua orang yang ada masalah sukar tepati masa pasti akan bermasalah.

“Setuju dengan tindakan A. Aida, meluat dengan artis tak tepati masa, susahkan semua orang,” komen netizen.

Sebelum ini, aktres Fasha Sandha juga turut meluahkan rasa kecewa terhadap seorang pelakon yang kerap datang lewat ke lokasi penggambaran sehingga menjejaskan jadual kerja pihak lain termasuk dirinya. – KOSMO! ONLINE

The post ’30 minit lambat tak mengapa, tapi kalau satu dua jam?’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved