Utamakan disiplin, A. Aida tidak teragak-agak senarai hitamkan artis lambat

Entertainment
12 Aug 2026 • 5:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Utamakan disiplin, A. Aida tidak teragak-agak senarai hitamkan artis lambat

PETALING JAYA: Isu pelakon lambat terus hangat menjadi bualan dalam kalangan ‘orang seni’ termasuklah penerbit, Datuk A. Aida yang sering utamakan disiplin dalam segala perihal.

Menurut A. Aida, sebagai seorang anak seni, mereka perlu menepati masa dan menjaga disiplin untuk kekal lama dalam industri.

“Apabila mahu jadi artis, tidak kiralah penyanyi atau pelakon, yang utama adalah disiplin. Kalau hari-hari lambat sekitar 30 minit bolehlah,” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads

Pun begitu, penerbit itu menegaskan dirinya tidak teragak-agak untuk menyenarai hitamkan golongan artis yang mempunyai masalah sedemikian demi menjaga kualiti kerja dan masa yang telah ditetapkan produksi

“Kalau lambat satu jam atau dua jam, senarai hitam terus. Pergi buat kerja lain jangan menyusahkan produksi,” tegasnya.

Menerusi ruangan komen, perkongsian tersebut meraih pelbagai respons netizen yang rata-rata menyokong tindakannya mengambil tindakan tegas terhadap selebriti mempunyai masalah disiplin.

“Betul, apa bidang pun menepati masa adalah perlu. Kita hormat masa orang, orang hormat masa kita,” komen netizen.

“Bukan artis saja, sebenarnya apa benda pun yang melibatkan komitmen diri disiplin adalah nombor satu,” komen seorang pemilik akaun.

The post Utamakan disiplin, A. Aida tidak teragak-agak senarai hitamkan artis lambat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved