30 Orang Termasuk 23 Kanak-kanak Maut, Bekas Polis Bawa Pistol & Pisau Serang Tadika Di Thailand

6 Oct 2022 • 4:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

30 Orang Termasuk 23 Kanak-kanak Maut, Bekas Polis Bawa Pistol & Pisau Serang Tadika Di Thailand

Sekurang-kurang 30 orang termasuk 23 kanak-kanak dilaporkan maut dalam serangan berdarah di sebuah pra-sekolah di Thailand pada Khamis, 6 Oktober 2022.

Memetik AFP, seorang bekas pegawai polis bersenjata pistol dan juga pisau telah menyerang sebuah taskan di timur laut Thailand dan menembak mati sekurang-kurangnya 30 orang termasuk kanak-kanak sebelum membunuh diri dan keluarganya.

Suspek yang menggunakan senjata senapang patah, pistol dan pisau itu telah melepaskan tembakan ke arah pusat jagaan kanak-kanak itu di Wilayah Nong Bua Lam Phu kira-kira 12.30 tengahari (waktu tempatan) sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan.

Anggota polis wilayah itu, Jakkapat Vijitraithaya berkata, suspek merupakan bekas anggota polis yang telah diberhentikan daripada pasukan itu pada tahun lepas dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Dalam pada itu, menurutnya, seramai 23 kanak-kanak dilaporkan maut dalam serang berdarah tersebut berada dalam lingkungan umur dua hingga tiga tahun.

Difahamkan, tragedi berdarah ini berlaku sebulan selepas seorang pegawai tentera menembak mati dua orang rakan sekerjanya di pangkalan tentera di Bangkok.

Menurut AFP, walaupun Thailand mempunyai kadar pemilikan senjata yang agak tinggi, serangan secara besar-besaran amat jarang berlaku. Namun, pada tahun lalu, Thailand telah melaporkan dua kes serangan tembak berkait dengan anggota tentera.

Pada tahun 2020 pula, salah satu insiden berdarah juga telah dilaporkan melibat seorang askar yang bertindak melepaskan tembakan selama 17 jam sebelum dia ditembak mati oleh seorang komando. Tragedi itu telah menyebabkan 29 individu maut ditembak. Tragedi itu dipercayai berkait rapat dengan perbalahan soal hutang.

Sumber: AFP