30 rumah musnah dalam kebakaran di Sandakan

29 Apr 2026 • 9:29 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kira-kira 30 rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Bokara, Kampung Karamunting awal pagi Rabu. Foto APM Sandakan
image is not available
Pasukan bomba memadam kebakaran dengan menggunakan tiga aliran air. Foto JBPM Sabah
image is not available
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan. Foto JBPM Sabah

SANDAKAN - Kira-kira 30 rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Bokara, Kampung Karamunting di sini awal pagi Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran di kampung itu pada 3.16 pagi sebelum 21 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

"Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan tiga aliran air termasuk sumber daripada tangki jentera dan pili bomba berhampiran," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

**media[3505313]**

Jimmy berkata, kebakaran itu dianggarkan membabitkan kawasan seluas 1.4 hektar dan api berjaya dikawal pada 4.29 pagi, sekali gus menyelamatkan 100 rumah lain di kampung berkenaan.

Beliau berkata, operasi ditamatkan sepenuhnya pada 7.01 pagi setelah memastikan tiada bahaya lain wujud di lokasi kejadian.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

**media[3505314]**

Insiden itu merupakan yang kedua dalam tempoh tidak sampai sebulan di Sandakan, selepas tragedi kebakaran rumah air di Kampung Bahagia di sini pada 19 April lepas yang menyebabkan 1,000 rumah musnah dan lebih 9,000 penduduk kehilangan tempat tinggal. - Bernama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved