30 terbunuh dalam pengeboman Israel di sekolah Gaza

6 Jun 2024 • 12:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

GAZA, 6 JUN: Sekurang-kurangnya 30 warga Palestin maut, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita manakala puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk kehilangan tempat tinggal di kem Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, kata sumber perubatan kepada Xinhua pada pagi Khamis.

Menurut sumber, jet pejuang Israel mengebom sekurang-kurangnya tiga bilik darjah dengan beberapa peluru berpandu.

Dalam satu kenyataan, pejabat media kerajaan Gaza yang dikendalikan oleh Hamas mengutuk serangan Israel ke atas sekolah itu sebagai “pembunuhan beramai-ramai yang dahsyat”.

Menurut pihak berkuasa itu, serangan berterusan oleh tentera Israel “adalah bukti jelas jenayah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan terhadap orang awam”.

Israel masih belum memberi sebarang kenyataan mengenai insiden berkenaan.

– BERNAMA-XINHUA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved