Kanak-kanak 11 tahun memandu, bapa disaman

6 Jun 2024 • 11:11 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Kelmarin tular video di media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun memandu kenderaan milik bapanya secara bersendirian di bandar Sibu, mengundang perhatian ramai.

Video berdurasi 30 saat itu, individu yang merakam video tersebut bertanya pada kanak-kanak berkenaan di mana ibu bapanya dan adakah mereka mengetahui dia memandu kereta itu.

“Awak 11 tahun, ada lesen memandu? Mak ayah awak mana? Kenapa pandu kereta orang? Awak nak saya buat laporan polis? Nanti saya buat laporan polis, saya dah rakam nombor plate,” katanya.

Bagaimanapun kanak-kanak itu menjelaskan kereta itu milik bapanya dan meminta pengadu tidak membuat laporan polis.

Polis saman bapa

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili mengesahkan pihaknya mengesan video tular itu pada jam 3 petang semalam dan kejadian didapati berlaku di Jalan Kampung Nyabor.

Kanak-kanak itu dan ibu bapanya telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Sibu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siasatan mendapati, kanak-kanak lelaki itu menghidap autisme dan mempunyai rekod perubatan di Klinik Pakar Psikiatri Hospital Sibu.

Ekoran itu, polis telah mengeluarkan saman terhadap bapa kanak-kanak itu di atas kecuaian yang menyebabkan anaknya keluar memandu secara bersendirian tanpa lesen di bandar itu.