30 warga asing, tiga majikan ditahan dalam operasi JIM

16 Apr 2025 • 8:11 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 15 APRIL: Seramai 30 warga asing dan tiga warga tempatan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dalam serbuan ke atas lima premis sekitar Bukit Bintang dan Dang Wangi di sini, semalam.

JIM WPKL dalam kenyataan memaklumkan operasi yang dijalankan bermula jam 4.05 petang itu melibatkan Op Belanja, Op Selera dan Op Dandan membabitkan dua premis runcit, dua kedai makan dan sebuah kedai gunting rambut.

“Seramai 62 individu diperiksa dan 33 daripadanya ditahan terdiri daripada 27 lelaki warga Bangladesh, dua lelaki warga India, seorang wanita Indonesia serta tiga warga tempatan yang merupakan majikan,” menurut kenyataan itu.

Menurut JIM WPKL, tiga majikan terbabit terdiri daripada seorang lelaki yang ditahan di sebuah kedai runcit, manakala seorang wanita dan seorang lelaki lagi ditahan di dua premis makanan berasingan.

“Kesemua majikan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi pendatang tanpa izin,” menurut kenyataan itu

Warga asing yang ditahan pula disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) akta sama serta Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Selain itu, empat Borang Imigresen 29 (Saman Kepada Saksi) turut dikeluarkan sepanjang operasi dijalankan.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved