311 mangsa banjir di empat negeri dipindahkan

26 Jul 2026 • 10:48 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 311 mangsa banjir di empat negeri dipindahkan

PETALING JAYA: Seramai 311 mangsa banjir membabitkan 96 keluarga di empat negeri kini ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 10.30 pagi ini.

Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Sabah mencatatkan jumlah paling tinggi melibatkan 171 mangsa daripada 59 keluarga yang ditempatkan di satu PPS di Tawau.

Sementara itu, mangsa banjir di Melaka membabitkan seramai 66 mangsa daripada 18 keluarga yang ditempatkan di dua PPS.

Melaka Tengah pula melibatkan 43 mangsa dari 13 keluarga yang ditempatkan di satu PPS sahaja.

Sarawak juga dilaporkan banjir di Kuching dan Miri yang membabitkan seramai 20 mangsa daripada tiga keluarga yang masing-masing ditempatkan di satu PPS sahaja.

Di Lembah Klang, hanya satu PPS sahaja dibuka yang menempatkan 11 mangsa dari 3 keluarga iaitu di Cheras. – UTUSAN

The post 311 mangsa banjir di empat negeri dipindahkan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved