Jumlah mangsa banjir di Tawau meningkat kepada 362 orang

LocalEnvironment
26 Jul 2026 • 5:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jumlah mangsa banjir di Tawau meningkat kepada 362 orang
Pemantauan oleh agensi penyelamat terus dilaksanakan di lapangan bagi memantau keadaan semasa. Foto: APM Tawau

KOTA KINABALU - Sebanyak 362 mangsa daripada 102 keluarga kini berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) susulan situasi banjir di Tawau, setakat 4 petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu meningkat berbanding 335 mangsa daripada 96 keluarga pagi tadi.

"Mereka ditempatkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau,” menurut kenyataan itu.

Semua mangsa merupakan penduduk dari empat kampung terjejas iaitu Kampung Tanjung Batu Keramat, Tanjung Batu Darat, Tanjung Batu Otentik dan Kampung Kinabutan Tiku Batu 6.

Menurut kenyataan itu, tiada laporan kemalangan jiwa atau kejadian tidak diingini diterima setakat ini.

Pemantauan oleh agensi penyelamat terus dilaksanakan di lapangan bagi memantau keadaan semasa, dengan beberapa kawasan kampung terjejas menunjukkan trend penurunan paras air.

Hujan berterusan sejak Jumaat mengakibatkan Tawau dan kawasan sekitarnya dilanda banjir sebelum bencana diisytihar pada 8.30 pagi. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved