“33 tahun tak pernah dengar” – Abang Dedah Syed Saddiq Hanya Ucap ‘I Love You’ Kepada Bella Astillah

LocalEntertainment
29 Mar 2026 • 12:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Semalam, pasangan kegemaran ramai iaitu ahli politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pelakon, Bella Astillah selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup.

Perkhabaran itu bukan saja buat ramai tersenyum, malah perkongsian abang kepada Syed Saddiq, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Space Dollah turut mencuri perhatian netizen.

Menurutnya, sepanjang 33 tahun mengenali adiknya, ini adalah kali pertama dia mendengar ungkapan ‘I love you’ keluar daripada mulut Syed Saddiq.

Momen aku tahu kau betul-betul jatuh cinta… bila aku dengar kau cakap ‘I love you’ dekat Bella.

“Sepanjang 33 tahun aku kenal kau, tak pernah sekali pun aku dengar kau ucap benda tu,” kongsinya menerusi Instagram.

Artikel berkaitan: “BellaSyedYes” – Bella Astillah Terima Lamaran Dari Syed Saddiq, Bakal Bertunang Hari Ini

Tambahnya lagi, sebagai abang, dia hanya mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut agar hubungan yang dibina kekal bahagia hingga ke fasa seterusnya.

Terdahulu, spekulasi hubungan mereka akhirnya terjawab apabila kedua-duanya sah bertunang dalam satu majlis sederhana yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

Bukan itu sahaja, hantaran yang diberikan oleh Syed Saddiq kepada tunangnya turut mencuri perhatian ramai di media sosial.

Antara yang menjadi perhatian ialah simpanan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Lembaga Tabung Haji untuk Bella, selain simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang disediakan khas untuk dua anak Bella, Ayden dan Ara.

Sumber: Instagram truedollah

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.