33 tahun tak pernah potong rambut, wanita ini cipta rekod Guinness World Record

13 Sep 2023 • 2:30 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

RAMBUT adalah mahkota wanita. Ia menyempurnakan lagi bentuk wajah seseorang.

Justeru, tidak hairanlah ramai yang sanggup simpan rambut panjang mengurai, tetapi ramai akui, tidak mudah untuk menjaganya.

Syampu mungkin kena beli berbotol-botol. Itu tidak kira serum dan perapi lagi.

Namun, ia bukan satu hal yang rumit bagi seorang wanita daripada Tennessee, Amerika Syarikat (AS).

image is not available
SUMBER Jean-Daniel Francoeur daripada PEXELS.

Tami Manis dilaporkan memiliki rambut lebih panjang daripada ketinggiannya.

Hasil kesungguhan beliau itu, Manis berjaya mencatatkan Guinness World Record untuk pencapaiannya sebagai wanita berambut paling panjang di dunia.

 

Sky News melaporkan, empunya diri tidak pernah memotong rambutnya sejak tahun 1990.

Setelah 33 tahun, ia kini berukuran 172.72 sentimeter.

image is not available

GAYA RAMBUT RAT TAIL

Wanita berusia 58 tahun tersebut mendapat inspirasi untuk untuk berpenampilan sedemikian sekitar 1980 selepas menonton video lagu Voice Carry nyanyian band AS, Til Tuesday.

“Penyanyi tersebut memiliki gaya rambut rat tail dan saya sangat mahukannya,” katanya.

Cerita wanita itu, seorang tukang gunting rambut pernah memujuknya untuk menggunting rambut pada 1989.

Beliau akur, tetapi menyesali keputusan tersebut.

Manis kemudiannya mula menyimpan semula mahkota wanita itu bermula 9 Februari 1990 sehingga sekarang.

image is not available

“Saya bersyukur rambut saya tumbuh semula dan berjaya mencatatkan rekod dunia.

“Saya sangat gembira dengan kejayaan tersebut,” ujarnya yang sentiasa mengikat rambut dan menggunakan perapi supaya ia sentiasa kemas dan mudah diurus.

Terdahulu, Manis pernah bertanding dalam kategori Femullet untuk Kejohanan Mullet AS pada tahun 2022 dan menduduki tempat kedua.

Pertandingan tersebut telah menarik lebih daripada 1,000 permohonan setiap tahun.

Adakah Manis nampak serabai? Jawapannya, pasti tidak. Walaupun berambut sepanjang Rapunzel, beliau sentiasa nampak kemas.

Bagi pencipta rekod dunia, rambut yang tidak terurus akan membuatkan seseorang dianggap pemalas.

Sumber: Sky News

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang