34 bakal jemaah haji Sipitang diraikan

21 May 2025 • 4:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

SIPITANG: Seramai 34 bakal jemaah haji dari kawasan Parlimen Sipitang diraikan dalam satu majlis anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sipitang, di sini, Isnin.

Ahli Parlimen Datuk Matbali Musah yang merasmikan majlis itu, turut menyampaikan sumbangan kepada jemaah bakal haji itu yang masing-masing terdiri 11 orang dari Dewan Undangan Negeri (Dun) Sindumin dan 24 dari Dun Lumadan.

Beliau mengingatkan jemaah haji supaya sentiasa menjaga kesihatan diri untuk memudahkan pelaksanaan sebarang ibadah Haji di Tanah Suci nanti.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Disiplin serta kesihatan tubuh badan setiap jemaah amat penting dijaga sepanjang berada di tanah suci Makkah bagi mempermudahkan urusan menunaikan ibadah haji.

“Namun, saya yakin setiap jemaah sudah bersiap sedia sepenuhnya dari segi fizikal, mental dan kesihatan seterusnya, melancarkan urusan di sana, Insha Allah,” katanya.

Matbali yang juga Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM) mendoakan supaya urusan semua jemaah itu permudahkan dan beroleh haji mabrur.