34 Barang Che Ta Bernilai Lebih RM900,000 Akan Dilelong Esok

LocalEntertainment
23 Dec 2024 • 5:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebanyak 34 barangan milik pelakon jelita, Rozita Che Wan bernilai RM902,012.46 termasuk sebuah kereta jenama Haval akan dilelong di kediamannya di Kota Damansara bermula jam 10.30 pagi esok.

image is not available

Selain kenderaan, barangan lain seperti peti ais, pendingin hawa, ketuhar gelombang mikro, mesin basuh, mesin pengering, vakum, televisyen dan perabot akan turut dilelong.

Menurut MalaysiaGazette, dokumen perincian berkenaan jualan barangan milik Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta itu telah dikeluarkan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Sesi lelongan itu pula akan dijalankan oleh Auctrade Auctions Solution.

Sebelum ini, kediaman milik pelakon itu telah diserbu pegawai Mara, peguam dan wakil mahkamah pada 10 Disember yang lalu kerana telah berhutang sebanyak hampir RM1 juta.

image is not available 2 weeks ago

Kali Kedua Datang Ke Rumah, MARA Sita Barang Tidak Sampai RM100,000 Dalam Rumah Che Ta