Barangan Rozita Che Wan Bakal Dilelong Esok, Kesemuanya Berharga RM900k Termasuk Kereta

LocalEntertainment
23 Dec 2024 • 5:20 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Rozita Che Wan

Barangan pelakon terkenal, Rozita Che Wan atau Che Ta bakal dilelong iaitu 34 barangan bernilai RM902,012.46.

Menurut laporan MalaysiaGazette, lelongan itu akan berlangsung esok di kediamannya di Kota Damansara bermula 10.30 pagi.

Barangan lelongan Rozita Che Wan

image is not available

Selain kereta, barangan seperti peti ais, televisyen, mesin basuh, perabot, dan pendingin hawa turut tersenarai untuk dilelong. Proses ini akan dikendalikan oleh Auctrade Auctions Solution.

Lelongan ini adalah arahan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya setelah Che Ta gagal melangsaikan hutang hampir RM1 juta. 

Rumah diserbu sebelum ini

image is not available

Sebelum ini, kediamannya telah diserbu oleh pegawai Mara, peguam, dan wakil mahkamah pada 10 Disember lepas.

#OhmediaNasihat

Kisah ini mengingatkan kita betapa pentingnya pengurusan kewangan, walaupun sebagai selebriti. Hutang yang tidak diurus dengan baik boleh membawa implikasi besar, termasuk kehilangan harta benda. Jadi, sentiasa berjaga-jaga dalam merancang kewangan dan elakkan berhutang di luar kemampuan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: MalaysiaGazette