35 kawasan catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
7 Oct 2026 • 11:32 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 35 kawasan catat IPU tidak sihat

PETALING JAYA: Sebanyak 35 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat  pukul 10 pagi ini.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan Batu Pahat di Johor dan Johan Setia di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada 190.

Ia diikuti Cheras, Kuala Lumpur dan Nilai, Negeri Sembilan, masing-masing 189 serta Putrajaya (187).

IPU tidak sihat turut dicatatkan di beberapa kawasan lain di Selangor, iaitu Shah Alam (180), Petaling Jaya (176), Banting (176) dan Klang (169), manakala Batu Muda di ibu negara (177).

Tiga kawasan di Perak iaitu Tanjung Malim, Tasek Ipoh dan Pegoh Ipoh turut mencatatkan IPU tidak sihat dengan bacaan masing-masing 154, 147 dan 113.

Di Negeri Sembilan, kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah Seremban (181) dan Port Dickson (169), manakala di Melaka melibatkan kawasan Bukit Rambai (175), Alor Gajah (174) dan Bandaraya Melaka (174).

Di Johor pula, Segamat (177), Pasir Gudang (173), Tangkak (169), Larkin (167), Pengerang (165), Kota Tinggi (164) dan Kluang (161), manakala di Pahang melibatkan Temerloh (168), Indera Mahkota (160), Jerantut (159), Rompin (158), Balok Baru (156) dan Kuantan (156).

Selain itu, tiga kawasan di Terengganu iaitu Kemaman (156), Paka (156) dan Kuala Terengganu (120) serta Tawau di Sabah (155) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian di Sarawak (152).

Sebanyak 31 kawasan pula mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala dua kawasan merekodkan IPU pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (berbahaya).-UTUSAN

The post 35 kawasan catat IPU tidak sihat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved