35 maut bot imigran karam di luar pantai Senegal

9 Nov 2026 • 11:59 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 35 maut bot imigran karam di luar pantai Senegal

DAKAR – Sekurang-kurangnya 35 orang maut selepas sebuah bot kecil sarat membawa pendatang tanpa izin (PATI)  karam di barat laut Senegal, lapor saluran berita Gulf News.

Bot-bot PATI yang melalui laluan berbahaya menyeberangi Lautan Atlantik dari Afrika Barat menuju Kepulauan Canary milik Sepanyol sebelum ini meragut ribuan nyawa mereka yang terdesak untuk mencari kehidupan baharu.

Kenyataan awal Kementerian Dalam Negeri Senegal menyatakan,  21 mayat dan hanya seorang mangsa  terselamat ditemui susulan kemalangan tersebut, namun angka korban bersifat sementara memandangkan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Lewat semalam, Agensi Berita Senegal (APS) melaporkan, angka korban mencecah sekurang-kurangnya 34 orang serta disahkan oleh badan bukan kerajaan, Tindakan untuk Hak Asasi Manusia dan Persahabatan (ADHA) dalam satu kenyataan kepada AFP.

Angka kematian terus meningkat kepada sekurang-kurangnya 35 orang dengan seorang mangsa terselamat, demikian  menurut perkhidmatan kecemasan. 

Laporan media menyebut, bot jenis pirogue berdinding rata itu terbalik kelmarin di luar pantai beting pasir Loumpoul di antara Dakar dan bandar Saint-Louis, utara Senegal.

Bagaimanapun, pengasas persatuan bantuan imigran Senegal, Saliou Diouf memberitahu bahawa kejadian bot karam itu berlaku Jumaat lalu.

Kewarganegaraan semua mangsa masih belum disahkan memandangkan operasi mencari masih berjalan, katanya.

“Namun mayat-mayat yang ditemui semalam (Sabtu) adalah warga Senegal,” tambahnya.

Presiden Senegal, Bassirou Diomaye Faye menyatakan di laman Facebook semalam: “Semua pihak berkuasa dan sumber kerajaan telah digerakkan untuk mengesan mereka yang hilang, memberi rawatan kepada mangsa terselamat serta menyokong keluarga manga.”

Beribu-ribu orang dari Afrika Barat berusaha setiap tahun untuk sampai ke Eropah melalui laluan di perairan Atlantik yang berbahaya itu. – AGENSI

The post 35 maut bot imigran karam di luar pantai Senegal appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved